Sunday, 21 August 2016

HATI

Hati, apa khabar hari ini?
Mampukah kau mengerti hakikat hidup yang sebenar?
Putaran suka dan duka perlu ada.
aku juga perlu menangis, bukan hanya pandai tertawa kerana aku bukan orang gila.
aku juga perlu sakit agar tahu pedihnya luka serta tahu nikmat kesembuhan.
sesekali perlu juga tersasar agar aku kenal nikmat istighfar.
Hati, ada banyak rasa yang perlu kau lalui,
Akhirnya semua itu akan membuat aku matang dan kembali tenang.
Mampukah kau wahai hati?
Kuatlah engkau wahai hati.

No comments:

Post a Comment