Tuesday 20 September 2016

pergantungan

Setiap manusia pasti akan di uji. Kita sedang melepasi satu persatu fasa kehidupan. Setiap kehilangan ada suatu yang akan di temukan. Bersangka baik lah dengan Allah SWT. Bergantung kepada manusia ,pasti akan kecewa kerana semuanya daripada Dia. Tersenyum lah walaupun palsu andai dengan tersenyum itu mampu membuat orang disekeliling gembira. Terkadang, ada bahagia yang kau perlu beli dengan pura-pura wahai hati kerana ada sesuatu yang dipanggil pengorbanan. ia satu catatan perjuangan. :) saat ini aku di uji. di uji dengan ujian hati. Hati terlalu mengharapkan manusia dan aku di uji dengan keperitan di atas pengharapan itu. YA, sakit. sakit yang teramat. aku harus bersyukur di atas kesakitan ini. Sungguh dari kesakitan ini , ia mendekatkan aku dengan tuhan. Daripadanya, aku belajar erti pergantungan terhadap tuhan. 

Monday 19 September 2016

Pengakuan

Terkadang, aku lelah bertarung dengan ujian demi ujian. Adakalanya, aku rasakan dunia ini membingungkan.
Tersungkur disini. Aku akur dan tunduk mengerti. Tiada daya dan kekuatan ku lagi Ya Allah. Tidak mampu ak walau sebesar zarah. Engkau yang memegang hati ku. Benar, ini lah ujian yang tak mampu aku hindari. Ini lah hakikat kehidupan yang perlu ku telan. Aku sudah terlalu lelah.
Aku akui. aku kecewa,hampa dan lelah sehinggakan kadang rasa tidak mampu menghela nafas. Mengharung segala ujian membuat aku terkadang terperosok sendiri di satu sudut kesunyian sehinggakan aku rasa seperti tak mampu berdiri.
Ujian -ujian ini mengajar aku erti kebergantungan terhadap Allah SWT. Walau perit hati diseret , aku belajar merelakan kerana pada setiap derita yang ku rasai, tetap juga ada serpihan bahagia.
Tabah lah wahai hati. Menangis lah semahunya. Lepas kan lelah mu wahai hati.
Kali ini terlalu perit dan sakit. salah aku kerana mengharapkan pada yang tak pasti.
you need to fake your smile. fighting