Tuesday, 20 September 2016
pergantungan
Setiap manusia pasti akan di uji. Kita sedang melepasi satu persatu fasa kehidupan. Setiap kehilangan ada suatu yang akan di temukan. Bersangka baik lah dengan Allah SWT. Bergantung kepada manusia ,pasti akan kecewa kerana semuanya daripada Dia. Tersenyum lah walaupun palsu andai dengan tersenyum itu mampu membuat orang disekeliling gembira. Terkadang, ada bahagia yang kau perlu beli dengan pura-pura wahai hati kerana ada sesuatu yang dipanggil pengorbanan. ia satu catatan perjuangan. :) saat ini aku di uji. di uji dengan ujian hati. Hati terlalu mengharapkan manusia dan aku di uji dengan keperitan di atas pengharapan itu. YA, sakit. sakit yang teramat. aku harus bersyukur di atas kesakitan ini. Sungguh dari kesakitan ini , ia mendekatkan aku dengan tuhan. Daripadanya, aku belajar erti pergantungan terhadap tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment